Posts

Showing posts from December, 2019

SUBJEK EKSPERIMEN

Image
Tubuhnya boleh mengeluarkan bauan yang sangat wangi seperti pokok KENANGA. TANGAN dan KAKInya mula tumbuh seperti PUCUK yang baru bercambah. Dia mempunyai ciri tumbuhan autotrof, iaitu boleh menjalankan proses FOTOSINTESIS. Dia boleh hidup tanpa minum atau makan kerana tubuhnya boleh menghasilkan  sendiri makanan. Dia juga berdarah putih seperti MAHSURI. Darah merahnya telah bertukar kepada FOSFAT TRIOSA, sejenis KANJI. Dan dia boleh berkomunikasi dengan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya, mudah baginya mengarahkan untaian rerumput untuk menjerut sesiapa sahaja yang memgancamnya. Dia bukan pokok. Tetapi dia MANUSIA yang telah BERMUTASI. 

Flora

Image
Dia adalah gadis biasa yang mengalami kemalangan jalan raya. Namun kehidupannya berubah setelah itu. Dia menghilangkan diri dari ditemui oleh mana-mana manusia. Dia tinggal di Chemerong. Dialah Flor

Kisah cerpen aku...

Image
Aku sudah mula menulis. Tidak pernah aku sangka bahawa aku akan menghasilkan sebuah cerpen karya aku sendiri. Namun, aku tidak tahu sama ada cerpen ini boleh diterima orang atau tidak. Risau aku akan orang yang tertawa sebaik sahaja membaca cerpen aku. Tetapi aku suka akan cerita yang 'absurd', sesuatu yang tidak wujud di alam fana ini. Di bawah adalah sedikit coretan mengenai cerpen yang bakal aku siapkan.  Zamir merupakan anak jati kelahiran Melaka tetapi pertemuannya dengan Flora di Terengganu adalah sesuatu yang tidak pernah disangkakan berlaku olehnya. Pertemuannya dengan Flora membuatkan dia merasa diri dia berada di alam fantasi, seolah-olah dia sedang menonton filem genre yang dia gemari iaitu genre fantasi dan pengembaraan. Tetapi dalam cerita ini, dia adalah watak utama. Apakah yang dilakukannya di Terengganu? Apakah kisah di sebalik pertemuannnya dengan Flora? Siapakah Flora?