Kisah cerpen aku...
Aku sudah mula menulis. Tidak pernah aku sangka bahawa aku akan menghasilkan sebuah cerpen karya aku sendiri. Namun, aku tidak tahu sama ada cerpen ini boleh diterima orang atau tidak. Risau aku akan orang yang tertawa sebaik sahaja membaca cerpen aku. Tetapi aku suka akan cerita yang 'absurd', sesuatu yang tidak wujud di alam fana ini. Di bawah adalah sedikit coretan mengenai cerpen yang bakal aku siapkan.
Zamir merupakan anak jati kelahiran Melaka tetapi pertemuannya dengan Flora di Terengganu adalah sesuatu yang tidak pernah disangkakan berlaku olehnya. Pertemuannya dengan Flora membuatkan dia merasa diri dia berada di alam fantasi, seolah-olah dia sedang menonton filem genre yang dia gemari iaitu genre fantasi dan pengembaraan. Tetapi dalam cerita ini, dia adalah watak utama. Apakah yang dilakukannya di Terengganu? Apakah kisah di sebalik pertemuannnya dengan Flora? Siapakah Flora?
Comments
Post a Comment