Dia adalah gadis biasa yang mengalami kemalangan jalan raya. Namun kehidupannya berubah setelah itu. Dia menghilangkan diri dari ditemui oleh mana-mana manusia. Dia tinggal di Chemerong. Dialah Flor
Perahsia Dan Cerita-Cerita Lainnya. Itulah tajuk buku yang telah direkomendasikan oleh pensyarah aku sebagai rujukan bagi aku menghasilkan sebuah cerpen. Buku ini merupakan himpunan 16 buah cerpen yang terhasil antara tahun-tahun 1970-2000. Cerpen-cerpen tersebut berkisar pada soal luaran dan dalaman yang dilihat dari sudut pandang Zakaria Ali, penulis yang melukis. Akan aku kaji dan bedah buku ini supaya memperoleh manfaatnya untuk menghasilkan karya aku sendiri. Perahsia, buku yang akan aku jadikan sebagai harta terindah aku kerana ayat-ayat yang terdapat di dalamnya juga seindah alam.
Solat... Dahulu rajin Bahkan lengkap dengan Rawatib Kini yang wajib terasa berat Covid-19 Bala tentera yang Allah hantar Lagi, masih ada yang sombong Tidak mahu memohon pertolongan dari-Nya Sengaja keluar dari rumah Melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Sedangkan Nabi pergi berperang menyarung pakaian besi Hidayah Jangan hanya tunggu Usaha, usaha, dan usaha lagi Sehingga kematian menjemput, masih dalam usaha mencari hidayah.
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Para pembaca, entri saya pada kali ini adalah ulasan mengenai sebuah makalah yang bertajuk " The 22 Best Writing Tips Ever ". Alamat laman sesawang bagi makalah tersebut ialah https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever . Makalah ini telah dipilih oleh pensyarah saya iaitu Prof Madya Dr. Mawar bagi melengkapkan tugasan saya iaitu mengulas satu makalah tentang penulisan kreatif dalam bahasa Inggeris. Penulis telah menemui petua-petua tersebut kerana terinspirasi dari makalah “ The Cosmo Headline Technique for Blogging Inspiration ” oleh Brian Clark. Setelah membaca makalah tersebut, saya sangat tertarik dengan lima petuanya yang pertama. bahkan saya juga bersetuju. Hal ini dikatakan demikian kerana saya juga menemukan petua tersebut dan mengamalkannya. Saya ingin mengulas beberapa petua tersebut. Menurut Melissa Donovan, petua yang pertama ialah lakukannya, tulis. Apabila kita sudah mula m...
Comments
Post a Comment