Posts

Renungan

Solat... Dahulu rajin Bahkan lengkap dengan Rawatib Kini yang wajib terasa berat Covid-19 Bala tentera yang Allah hantar Lagi, masih ada yang sombong Tidak mahu memohon pertolongan dari-Nya Sengaja keluar dari rumah Melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Sedangkan Nabi pergi berperang menyarung pakaian besi Hidayah Jangan hanya tunggu Usaha, usaha, dan usaha lagi Sehingga kematian menjemput, masih dalam usaha mencari hidayah.

SUBJEK EKSPERIMEN

Image
Tubuhnya boleh mengeluarkan bauan yang sangat wangi seperti pokok KENANGA. TANGAN dan KAKInya mula tumbuh seperti PUCUK yang baru bercambah. Dia mempunyai ciri tumbuhan autotrof, iaitu boleh menjalankan proses FOTOSINTESIS. Dia boleh hidup tanpa minum atau makan kerana tubuhnya boleh menghasilkan  sendiri makanan. Dia juga berdarah putih seperti MAHSURI. Darah merahnya telah bertukar kepada FOSFAT TRIOSA, sejenis KANJI. Dan dia boleh berkomunikasi dengan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya, mudah baginya mengarahkan untaian rerumput untuk menjerut sesiapa sahaja yang memgancamnya. Dia bukan pokok. Tetapi dia MANUSIA yang telah BERMUTASI. 

Flora

Image
Dia adalah gadis biasa yang mengalami kemalangan jalan raya. Namun kehidupannya berubah setelah itu. Dia menghilangkan diri dari ditemui oleh mana-mana manusia. Dia tinggal di Chemerong. Dialah Flor

Kisah cerpen aku...

Image
Aku sudah mula menulis. Tidak pernah aku sangka bahawa aku akan menghasilkan sebuah cerpen karya aku sendiri. Namun, aku tidak tahu sama ada cerpen ini boleh diterima orang atau tidak. Risau aku akan orang yang tertawa sebaik sahaja membaca cerpen aku. Tetapi aku suka akan cerita yang 'absurd', sesuatu yang tidak wujud di alam fana ini. Di bawah adalah sedikit coretan mengenai cerpen yang bakal aku siapkan.  Zamir merupakan anak jati kelahiran Melaka tetapi pertemuannya dengan Flora di Terengganu adalah sesuatu yang tidak pernah disangkakan berlaku olehnya. Pertemuannya dengan Flora membuatkan dia merasa diri dia berada di alam fantasi, seolah-olah dia sedang menonton filem genre yang dia gemari iaitu genre fantasi dan pengembaraan. Tetapi dalam cerita ini, dia adalah watak utama. Apakah yang dilakukannya di Terengganu? Apakah kisah di sebalik pertemuannnya dengan Flora? Siapakah Flora? 

Pengarang Malaysia Yang Tersohor

Image
Prof Zakaria Ali   merupakan salah seorang pengarang  Malaysia yang terkenal.  Zakaria Ali telah dilahirkan pada 1946 di Kampung Batu,  Rembau, Negeri Sembilan. Aku banyak membaca karya cerpennya dan jadikannya sebagai rujukan utama untuk menghasilkan cerpen aku sendiri. 

Ulasan Makalah

Image
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Para pembaca, entri saya pada kali ini adalah ulasan mengenai sebuah makalah yang bertajuk " The 22 Best Writing Tips Ever ". Alamat laman sesawang bagi makalah tersebut ialah  https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever . Makalah ini telah dipilih oleh pensyarah saya iaitu Prof Madya Dr. Mawar bagi melengkapkan tugasan saya iaitu mengulas satu makalah tentang penulisan kreatif dalam bahasa Inggeris. Penulis telah menemui petua-petua tersebut kerana terinspirasi dari makalah  “ The Cosmo Headline Technique for Blogging Inspiration ”  oleh Brian Clark. Setelah membaca makalah tersebut, saya sangat tertarik dengan lima petuanya yang pertama. bahkan saya juga bersetuju. Hal ini dikatakan demikian kerana saya juga menemukan petua tersebut dan mengamalkannya. Saya ingin mengulas beberapa petua tersebut. Menurut Melissa Donovan, petua yang pertama ialah lakukannya, tulis. Apabila kita sudah mula m...

Rindu Yang Tak Terungkap

Image
Masa berlalu, tanpa henti. Tidak mengira sesiapa sekalipun, masa tidak akan menunggu. Kita meneruskan kehidupan seperti biasa. Tetapi kita tidak sedar akan banyak perkara. Kerana kita terlalu sibuk memikirkan perkara yang akan datang. Kita tidak hiraukan dengan masa sekarang, apatah lagi masa lalu.  Hubungan yang dahulunya erat, kini semakin renggang. Bukan kerana perbalahan atau perkelahian, akan tetapi kerana kita berada di dalam kehidupan masing-masing. Engkau belajar negeri orang, dia bekerja di negeri orang, aku juga belajar di negeri orang. Janji yang telah dimeterai dahulu, kian terselap. Kini ku mengharapkan agar akan ada yang memulakan perbicaraan untuk mencadangkan satu penyatuan semula. Rindu... Amat rindu....