Ulasan Makalah


Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Para pembaca, entri saya pada kali ini adalah ulasan mengenai sebuah makalah yang bertajuk "The 22 Best Writing Tips Ever". Alamat laman sesawang bagi makalah tersebut ialah https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever. Makalah ini telah dipilih oleh pensyarah saya iaitu Prof Madya Dr. Mawar bagi melengkapkan tugasan saya iaitu mengulas satu makalah tentang penulisan kreatif dalam bahasa Inggeris.

Penulis telah menemui petua-petua tersebut kerana terinspirasi dari makalah The Cosmo Headline Technique for Blogging Inspiration oleh Brian Clark. Setelah membaca makalah tersebut, saya sangat tertarik dengan lima petuanya yang pertama. bahkan saya juga bersetuju. Hal ini dikatakan demikian kerana saya juga menemukan petua tersebut dan mengamalkannya. Saya ingin mengulas beberapa petua tersebut. Menurut Melissa Donovan, petua yang pertama ialah lakukannya, tulis. Apabila kita sudah mula menulis, pelbagai idea akan hadir kerana kita akan memikirkan tentang cara penyampaian kita dalam tulisan dan juga kesinambungan serta jalan cerita dalam penulisan tersebut. Untuk menulis pula, kita memerlukan ilmu yang kita boleh dapati dengan membaca. Hal tersebut disentuh oleh penulis dalam petuanya yang kedua. Penulis juga menyatakan dalam petua ketiga agar kita menggunakan teknologi yang sangat rapat dengan diri kita iaitu telefon pintar untuk menulis nota segala idea yang kita perolehi. 

Seterusnya, petua penulis yang kelima belas adalah merupakan petua yang sedang saya gunakan sekarang ini. Petua tersebut ialah memulakan penulisan dengan sebuah blog. Penyediaan blog ini juga telah disarankan oleh pensyarah saya agar saya dapat menggunakan blog ini untuk meningkatkan kemahiran menulis dengan berkongsi idea dan pengalaman, atau menerbitkan sebarang kerja kepada khalayak pembaca, serta berkongsi mengenai proses menulis saya sendiri. Akhir kata, saya yakin bahawa petua-petua yang telah dikongsikan oleh Melissa Donovan adalah sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang berminat dan ingin menjadi penulis.

Sekian sahaja ulasan dari saya, terima kasih.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perahsia dan cerita-cerita lainnya

Renungan