Penjara minda

Aku tidak tahu jika aku ada masalah mental atau tidak. Dahulu, semasa aku kecil, aku selalu membenci diri sendiri sehinggalah umur aku di sekolah menengah . Tiada sebarang alasan yang jelas. Kadang-kadang, aku juga merasa sedih tanpa sebab. Adakah itu semua masalah mental? Jikalau aku bersendirian, aku selalu mendengar suara di dalam kepala aku. Bermacam-macam fikiran negatif yang datang. Hariku gelap. Tiada lampu di sepanjang jalan yang aku lalui. Tapi, itulah aku semasa aku belum belajar agama. Tapi aku dapat atasi masalah-masalah aku itu dengan memahami Islam. Alhamdulillah. Masalah-masalah aku itu, aku tidak menganggap masalah mental kerana aku dapat atasinya sendiri walaupun mengambil masa yang bertahun untuk pulih darinya. Bertahun... 

Comments

Popular posts from this blog

Perahsia dan cerita-cerita lainnya

Renungan

Ulasan Makalah