Rindu Yang Tak Terungkap

Masa berlalu, tanpa henti. Tidak mengira sesiapa sekalipun, masa tidak akan menunggu. Kita meneruskan kehidupan seperti biasa. Tetapi kita tidak sedar akan banyak perkara. Kerana kita terlalu sibuk memikirkan perkara yang akan datang. Kita tidak hiraukan dengan masa sekarang, apatah lagi masa lalu. Hubungan yang dahulunya erat, kini semakin renggang. Bukan kerana perbalahan atau perkelahian, akan tetapi kerana kita berada di dalam kehidupan masing-masing. Engkau belajar negeri orang, dia bekerja di negeri orang, aku juga belajar di negeri orang. Janji yang telah dimeterai dahulu, kian terselap. Kini ku mengharapkan agar akan ada yang memulakan perbicaraan untuk mencadangkan satu penyatuan semula. Rindu... Amat rindu....