Memulakan langkah...
Perjalanan aku dalam menghasilkan sebuah cerpen, aku kira aku perlu mengetahui dahulu proses-prosenya. Aku perlu mencari proses-proses dalam menghasilkan sebuah cerpen. Apakah cerpan yang hendak aku tuliskan? Aku pun masih lagi memikirkannya. Barangkali kisah hidupku? Renyah yang telah aku lalui sedari kecil, melihat segala pengorbanan ibu bapa aku dalam membesarkan aku agar aku menjadi manusia. Atau kisah cinta aku? Ya... Kisah percintaan aku juga agak menarik. Dalam usaha aku mengejar cinta manusia tetapi akhirnya aku bertemu cinta yang lebih Agung, cinta Allah dan sekarang aku melalui cabaran dalam beristiqamah. Atau aku boleh menulis kisah hidup seseorang? Fiksyen atau bukan fiksyen? Dan bidang apa yang hendak aku ceburi dalam menghasilkan cerpen ini? Semuanya masih lagi dalam fikiran aku yang kian berserabut dek kerana tidak pandai berfikir dengan teratur. Aku perlu lakukannya perlahan-lahan.
![]() |
Sumber : giphy.com |
Comments
Post a Comment