Posts

Showing posts from September, 2019

Perahsia dan cerita-cerita lainnya

Image
Perahsia Dan Cerita-Cerita Lainnya. Itulah tajuk buku yang telah direkomendasikan oleh pensyarah aku sebagai rujukan bagi aku menghasilkan sebuah cerpen. Buku ini merupakan himpunan 16 buah cerpen yang terhasil antara tahun-tahun 1970-2000.  Cerpen-cerpen tersebut berkisar pada soal luaran dan dalaman yang dilihat dari sudut pandang Zakaria Ali, penulis yang melukis. Akan aku kaji dan bedah buku ini supaya memperoleh manfaatnya untuk menghasilkan karya aku sendiri. Perahsia, buku yang akan aku jadikan sebagai harta terindah aku kerana ayat-ayat yang terdapat di dalamnya juga seindah alam.

Memulakan langkah...

Image
Perjalanan aku dalam menghasilkan sebuah cerpen, aku kira aku perlu mengetahui dahulu proses-prosenya. Aku perlu mencari proses-proses dalam menghasilkan sebuah cerpen. Apakah cerpan yang hendak aku tuliskan? Aku pun masih lagi memikirkannya. Barangkali kisah hidupku? Renyah yang telah aku lalui sedari kecil, melihat segala pengorbanan ibu bapa aku dalam membesarkan aku agar aku menjadi manusia. Atau kisah cinta aku? Ya... Kisah percintaan aku juga agak menarik. Dalam usaha aku mengejar cinta manusia tetapi akhirnya aku bertemu cinta yang lebih Agung, cinta Allah dan sekarang aku melalui cabaran dalam beristiqamah. Atau aku boleh menulis kisah hidup seseorang? Fiksyen atau bukan fiksyen? Dan bidang apa yang hendak aku ceburi dalam menghasilkan cerpen ini? Semuanya masih lagi dalam fikiran aku yang kian berserabut dek kerana tidak pandai berfikir dengan teratur. Aku perlu lakukannya perlahan-lahan. Sumber : giphy.com

Masih mencari...

Image
Sehingga ke Pontian, aku merantau. Semata-mata untuk mencari kisah yang hendak aku tuliskan ke dalam karya yang bakal aku hasilkan. Namun tidak lagi aku temui... Ternyata, bukan mudah untuk menjadi seorang penulis. Selama ini, aku sangkakan mudah penulis-penulis ternama di seantero dunia melakukan kerja mereka. Kerana mereka hanya menulis, menulis dan menulis...

Masih memikirkan...

Image
Kuliah pertama sudah pun berlalu. Masa berjalan... hari demi hari, waktu demi waktu. Aku masih memikirkan sebuah tajuk yang hendak aku berikan kepada cerpen yang akan aku hasilkan tidak lama lagi.